Cara Main Forex Dan Persediaan Sebelum Menjadi Part-Time Trader


Dengan apa sekalipun, kunci kejayaan dalam cara main forex yang sebenar adalah ilmu pengetahuan. Dalam kes pelaburan forex, 'tahu' bermaksud tahu bagaimana pasaran forex bergerak dan tahu bagaimana memaksimakan keuntungan daripada pelaburan forex.

Cara Main Forex
Tapi sebelum anda membuat keuntungan daripada pelaburan forex, di sini ingin saya kongsikan dan tekankan 3 persediaan utama cara main forex, atau cara trade forex, sebelum anda bermula dalam pelaburan forex. Anda perlukan sambungan saluran internet yang punya kelajuan pantas, pilihan broker forex terbaik untuk memulakan pelaburan dan pengetahuan trade forex bagaimana teknik-teknik pelaburan forex yang selamat dan menguntungkan.


Saluran Internet Yang Laju


Persediaan yang pertama dan paling penting adalah saluran internet yang pantas kelajuannya. Di Malaysia terdapat banyak rangkaian telekomunikasi (Telco) yang menyediakan saluran internet yang pantas. Antara Telco yang biasa kita dengar adalah seperti Digi, Celcom, Maxis, TMnet, dan macam-macam lagi. Terpulang kepada anda yang mana satu berkenan di hati; bergantung kepada bajet bulanan anda, dan bergantung kepada penerimaan pancaran signal Telco tersebut di kawasan anda. Paling penting, pilihlah yang memberi kelajuan sambungan internet yang pantas supaya tiada masalah bila transaksi pelaburan forex dilaksanakan nanti. Bagaimana anda trade forex? Adakah anda menggunakan laptop atau desktop, ataupun telefon pintar? Itu pun terpulang kepada citarasa dan pilihan yang memudahkan anda. Banyak jenama laptop dan telefon pintar yang baik dan berkualiti di pasaran seperti Dell, Samsung, Acer, Toshiba, iPhone, iPad, dan lain-lain lagi.


Pilihlah Broker Forex Terbaik di Malaysia


Pilihan broker forex adalah perkara kedua pentingnya dalam persediaan dalam memulakan pelaburan forex. Banyak pilihan broker forex terbaik di pasaran yang anda boleh gunakan perkhidmatan mereka. Antara pilihan broker forex oleh ramai forex trader Malaysia ialah XM Forex, FxCitizen dan FXTM ForexTime. Paling penting, pilihlah broker yang memudahkan anda untuk membuat deposit modal pelaburan dan mengeluarkan keuntungan daripada hasil pelaburan forex nanti.

Satu pertanyaan yang sering saya dengar dari bakal-bakal pedagang, dan pedagang yang sedia ada iaitu, "Adakah trading forex halal?" "Adakah trading forex diperbolehkan dalam agama Islam?" "Apakah itu SWAP?" Berdasarkan info yang saya terima, sememangnya trading forex itu diperbolehkan dalam hukum Islam asalkan tidak melanggar hukum-hukum yang telah ditetapkan. Sebab itu ada broker forex tertentu, seperti XM Forex menyediakan pilihan bagi yang berminat untuk membuka 'Islamic Account' dengan mereka.

Testimonial dan ulasan daripada para forex trader yang lain mengenai baik buruknya satu broker forex itu juga amat penting dalam membuat keputusan dalam pemilihan broker forex yang terbaik. Tidak mungkin anda akan membuka akaun forex dengan broker forex yang penuh dengan ulasan yang negatif, kan?


Pengetahuan Cara Main Forex Yang Menguntungkan


Persediaan cara main forex yang ketiga, yang terakhir sebelum menjadi 'forex trader' ialah ilmu pengetahuan bagaimana untuk membuat pembelian atau penjualan dalam pelaburan forex yang tepat dan dapat meminimakan nilai kerugian. Banyak cara untuk mendapatkan ilmu teknik-teknik pelaburan forex yang ringkas dan menguntungkan. Anda boleh mendapat ilmu pengetahuan ini di internet secara percuma; contohnya www.babypips.com menyediakan info kepada para forex trader, tidak kiralah yang 'newbie' atau pun yang 'expert'. Cuma, mungkin akan menjadi satu masalah bagi mereka yang susah memahami Bahasa Inggeris. Jangan risau. Anda boleh mendapat ebook percuma daripada Teknik Forex Sebenar untuk sedikit sumber ilmu bagaiman belajar forex yang terbaik. Anda boleh dapatkan (download) ebook ini di sini. Untuk pengetahuan anda, ebook ini kurang 20% isi kandungannya daripada 'full package' ilmu belajar forex dalam bahasa Melayu di Malaysia iaitu Teknik Forex Sebenar. Teknik Forex Sebenar yang berbayar mengandungi beberapa buah buku dalam bentuk fizikal dan CD yang dihantarkan terus ke alamat anda jika membuat tempahan sekarang. Ramai forex trader di Malaysia telah mendapat manfaat daripada ilmu pengetahuan pelaburan forex Teknik Forex Sebenar ini. Cubalah lihat testimonial-testimonialnya di sini.

Itulah 3 persediaan penting untuk anda ketahui sebelum bermula menjadi forex trader secara part-time di Malaysia. Dirumuskan, anda perlu saluran sambungan internet yang laju. Anda perlu membuat pilihan forex broker terbaik yang memudahkan anda membuat deposit modal pelaburan dan pengeluaran keuntungan. Akhir sekali, anda perlu tahu ilmu pengetahuan mengenai teknik-teknik pelaburan forex yang selamat dan menguntungkan, meminimakan kerugian dan memaksimakan keuntungan dalam pelaburan forex.

1 comment:

  1. […] PERSEDIAAN SEBELUM MENJADI FULL-TIME TRADER Jangan jadi Full-time Trader (trader sepenuh masa yang kerjanya klik-klik depan komputer menghasilkan pendapatan 5 – 6 […]

    ReplyDelete