Belajar Candlestick Forex Mudah Difahami Dan Menguntungkan


Adalah sangat mudah untuk belajar candlestick forex pattern. Carta mungkin bisu dan pekak. Namun ia memberi info penting kepada pedagang forex. Formasi atau bentuk candlestick adalah bahasa isyarat bagi pasaran forex. Selalunya ia memberitahu para pedagang forex ke mana arah tuju pasaran, sama ada meneruskan pergerakan arah asal atau berlaku pusingan balik harga (price reversal).

Mudahnya Belajar Candlestick Forex

Kebanyakan pedagang forex lebih suka belajar candlestick forex bagaimana membaca carta menggunakannya. Candlestick memantau pergerakan harga dalam masa-masa tertentu. Bila si pedagang melihat carta, mereka ada 3 pilihan: Line Chart, Bar Chart, atau Japanese Candlestick Chart. Dulunya Bar Chart menguasai industri kewangan. Sekarang tidak lagi. Malah para pedagang terbaik dunia sekarang menggunakan Japanese Candlestick Chart, kerana ia boleh mentafsirkan pergerakan harga forex yang sebenar, kemas dan lebih tepat.

Salah satu penemuan paling menakjubkan saya setiap hari, yang mengubah dunia perdagangan forex saya ialah mengetahui bagaimana pasaran seolah-olah berkata-kata dan berkomunikasi melalui formasi atau bentuk candlestick. Ia seolah-olah seperti seorang pekak, yang secara lisan memang susah berkata-kata, tetapi boleh berkomunikasi dengan efektif melalui bahasa isyarat.


Belajar Candlestick Forex - Membaca dan Memahami Pattern


Carta Japanese Candlestick sangat unik di mana ia memantau pergerakan harga dalam tempoh masa tertentu. Bila saja candlestick terbentuk, maka mulalah ia menceritakan aktiviti pasaran pada ketika itu dan refleksi mood pasaran dalam time-frame tertentu. Maka candlestick pun akan menjadi bahasa isyarat pada pasaran, memberitahu melalui formasi atau bentuk candlestick tertentu, ke arah manakah potensi pergerakan pasaran nanti. Keuntungan kewangan dihasilkan daripada ramalan yang tepat iaitu ke arah manakah pasaran akan sampai dan bukannya di mana ia berada sekarang atau sebelum ini.

Para pedagang yang berjaya, secara visual mengambil masa untuk belajar dan memahami bahasa isyarat pasaran forex ini. Formasi candlestick akan memberitahu sama ada signal untuk menjual atau membeli. Ia akan berkomunikasi dengan pedagang, bahawa inilah masanya untuk memasuki pasaran atau masa untuk elakkan atau keluar dari pasaran tersebut. Secara langsung, proses kita untuk membuat keputusan dipengaruhi oleh sejauh mana jelasnya kita memahami formasi-formasi atau bentuk-bentuk candlestick ini.

Formasi Japanese Candlestick boleh menjadi tanda-tanda awal pasaran akan berubah haluan; membuat pusingan-U, atau sebagai tanda reversal. Ia akan terbentuk dalam bentuk sebatang candlestick atau kombinasi beberapa batang candlestick. Terdapat beratus formasi, namun terdapat beberapa formasi sahaja yang boleh membantu membuat keputusan memasuki pasaran atau mengelak diri dari memasuki pasaran.

Perdagangan forex adalah permainan kewangan. Ia melibatkan 2 sudut: Bull (naik) atau Bear (turun). Bull mahu pasaran terus naik, dan Bear pula mahu pasaran terus turun. Sebelum anda terlibat dalam perdagangan forex, pastikan anda mempelajari dan memahami sekurang-kurangnya 10 formasi bullish dan bearish candlestick yang kebanyakan pedagang professional guna untuk mencari titik 'entry' dan 'exit' dalam pasaran forex.

No comments:

Post a Comment