Apa Itu FOREX Dalam Maksud Yang Paling Mudah Difahami


Salah seorang sahabat saya bertanya kepada saya apa itu FOREX yang boleh menjana pendapatan lumayan hanya bekerja beberapa jam di rumah tanpa mencari pelanggan dan menjual produk. Bagi saya ini satu soalan yang mudah kerana sememangnya inilah niche pelaburan saya sekarang.

Apa itu forex?

Baiklah. Wahai sahabat, biar saya jelaskan apa itu FOREX :)


FOREX adalah singkatan bagi FOReign EXchange, atau dalam Bahasa Melayu dipanggil Pertukaran Matawang Asing. Sedikit serupa dengan pasaran saham di mana transaksi jual-beli berlaku, Forex merupakan pasaran kewangan terbesar di dunia dengan nilai transaksi harian melebihi USD5 Trillion sehari! Transaksinya sangat besar sehingga mengatasi pasaran-pasaran lain seperti saham, komoditi, logam dan lain-lain. Forex berlaku apabila anda menjual (SELL) matawang negara anda dan membeli (BUY) matawang negara lain. Contohnya, jika anda melancong ke London, anda perlu menjual matawang Ringgit (MYR) dan membeli matawang Pound Sterling (GBP).

Sekian lamanya dulu forex hanya boleh dibuat di kaunter oleh bank-bank perdagangan atau syarikat yang punya modal pasaran besar. Tapi sekarang, orang individu kini boleh berdagang dalam forex secara online, bila-bila masa dan suka, di mana-mana, di depan sebuah laptop atau desktop asalkan ada internet. Begitulah hebatnya forex. Anda berpotensi menjana pendapatan yang lumayan dengan cepat dan mudah!

Online Forex Trading menawarkan kita satu perkara istimewa yang tidak diberikan oleh mana-mana jenis perniagaan yang lain iaitu Kebebasan. Kita boleh memasuki pasaran bila-bila masa 24 jam sehari sama ada pada waktu pagi, tengah hari atau tengah malam dan di mana sahaja asalkan ada akses internet. Kita juga bebas untuk menentukan keuntungan yang kita mahu capai, bebas tanpa gangguan dan pengaruh orang lain. We are The Boss :)

Internet telah membuat banyak revolusi dalam dunia perdagangan, serta pengaruh yang sangat kuat dalam dunia trading forex. Dengan internet, kini forex boleh didagangkan oleh sesiapa sahaja. Dulu hanya dapat dilakukan oleh Big Player sahaja (bank, negara, institusi), tapi sekarang semua orang boleh trade forex, kena-kena banyaknya perkhidmatan forex broker yang ditawarkan online sekarang. Anda dan saya boleh trade forex online dengan mudah dan dengan modal kecil. Malah boleh mencuba simulasi trade forex dengan mudah, hanya dengan membuka akaun demo dengan forex broker pilihan anda sendiri.

Ingin menjadi seorang forex trader yang boleh menjana pendapatan lumayan? Anda cuma perlukan sebuah komputer atau smartphone, internet dan dan modal permulaan sesuai dengan kemampuan anda.

No comments:

Post a Comment